Tuesday 19 July 2011

Friday 15 July 2011

PROGRAM BULAN MEMBACA DAN BULAN JABATAN BAHASA

PELANCARAN PROGRAM BULAN MEMBACA

Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca pada 2001 oleh kerajaan.  Sebagai menyahut seruan kerajaan,  pihak Pusat Sumber dengan kerjasama  Jabatan Bahasa SMK Lunas akan melancarkan Bulan Membaca 2011. Sempena Bulan Membaca, tema Pusat Sumber ialah ‘Membaca Merintis Kecemerlangan Minda’.  Sementara Jabatan Bahasa pula bertemakan  ‘Bahasa Wahana Ilmu’ .  Sehubungan dengan itu adalah diharapkan Bulan Membaca dan Bulan Bahasa ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga pelajar SMK Lunas.

Sehubungan itu, SMK Lunas telah membuat pelancaran Program Bulan Membaca pada 5 Julai 2011.   Tuan Pengetua En Abdul Razak b Mat Noh telah merasmikan pelancaran Program Bulan Membaca.
Ucapan pengacara majlis oleh KP Panitia Bahasa Melayu
Ucapan dari Tuan Pengetua
Tuan Pengetua merasmikan Pelancaran Bulan Membaca
Perasmian Program Bulan Membaca
Pelajar mendeklamasikan Sajak Bulan Membaca
Banner Program Bulan Membaca



Monday 11 April 2011

INVENTORI BARU

07042011
bertepatan dengan tarikh tersebut..
PSS sekolah kita telah menerima beberapa inventori baru untuk diletakkan di dalam perpustakaan.
PSS telah menerima 6 buah meja yang boleh menempatkan 4 pelajar bagi setiap meja.
PSS turut menerima tambahan kerusi sebanyak 30 buah bagi menampung kepadatan pengguna pusat sumber dalam satu-satu masa. Dengan itu  perpustakaan dapat menenpatkan 92 pelajar iaitu 2 kelas pada satu-satu masa.
Cikgu Bariza dan dibantu oleh biro inventori untuk menyusun atur semula perabot...
Cikgu Bariza juga telah membeli buku buku baru yang nilainya melebihi RM 12,000 bertujuan untuk menambah bilangan buku yang ada di perpustakaan.
Sebahagian buku-buku yang dibeli adalah berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen yang dibeli semasa KARNIVAL BUKU yang lalu.
Jumlah buku yang sedia ada tidak mencapai nisbah buku yang telah ditetapkan di mana 1 pelajar : 20 buah buku. Dengan penambahan buku ini amatlah diharapkan nisbah buku kepada pelajar dapat ditingkatkan lagi.
meja dan kerusi yang baru sampai

Monday 4 April 2011

hari yang dinanti telah tiba

setelah lebih 3 bulan PSS ditutup bagi membolehkan pengubahsuaian dan pembersihan dijalankan, akhirnya PSS SMK Lunas telah dirasmikan pembukaannya oleh ketua guru PSS Pn. Bariza Baharom pada 4 April 2011. bertepatan dengan tarikh itu PSS telah rasminya dibuka kepada semua warga SMK Lunas. walaupun pengubahsuaian hanya dapat disiapkan sebanyak 90% sahaja, namun PSS tetap berjaya dibuka kepada senua warga SMK Lunas. pada hari pertama pembukaannya, ramai pelajar telah mengunjungi PSS. SELAMAT MENGUNJUNGI PUSTAKA AL-RAZI!!!!

Sunday 20 March 2011

GOTONG ROYONG NAIK TARAF PUSAT SUMBER

sepanjang cuti petengahan semester pertama, cikgu Bariza serta kumpulan elit pengawas PSS telah bertungkus lumus menaik taraf keceriaan dan menambah baik kualiti penyusunan buku. kami telah berkampung selama 4 hari di pusat sumber sekolah demi untuk kepentingan dan kemudahan guru dan semua pelajar SMKL. Diharap pengguna pusat sumber dapat menggunakan kemudahan perkhidmatan yang disediakan.

Baru elepas dicat